Pn. Rohana mula memasuki dunia perniagaan dengan menjadi tukang masak untuk
majlis-majlis. Setelah mendapat sambutan, beliau membuat perniagaan Katering. Beliau
juga mendapat tempahan dari kampung-kampung yang berdekatan ututk pelbagai majlis
dan keraian. Selepas itu, beliau telah memilih untuk membuat perniagaan menjual nasi
kerabu & nasi lemak bungkus “drive thru” yang hanya berharga RM2.00 untuk setiap
bungkus pada waktu pagi dan membuat produk sejuk beku iaitu Karipap Putar Frozen. Ia
di gelar “drive thru” kerana nasi bungkus yang di jual di gerai di hadapan rumahnya yang
sudah siap di bungkus dan pelanggan tidak perlu untuk menunggu seperti yang di jual di
gerai-gerai yang lain di kampung ini. Perniagaan nasi bungkus ini bermula seawal 6.45 pagi setiap Ahad hingga Jumaat. Sekarang, Puan Rohana telah membuka kedai makan di hadapan rumahnya untuk menjual makanan seperti mee celup, nasi ayam dan masakan lauk pauk yang lain.
Sabtu, 28 Oktober 2017
KEDAI AYAM GUNTING & BAHULU
Kedai Ayam Gunting & Bahulu diusahakan oleh Puan
Hasni bt Harun merupakan satu-satu kedai
yang menghasilkan ayam gunting di kampung BertamBaru. Selain itu, kedai ini
juga membekalkan makanan lain seperti
bahulu, roti dan juga makanan sejuk beku seperti karipap, sardin gulung dan
puteri ayu.
Jumaat, 27 Oktober 2017
KEM DESA BBNGO BERTAM LAMA
Kem Desa BBNGO Bertam Lama mula ditubuhkan pada tahun 2014 selepas berlakunya banjir besar di kelantan sekitar Disember 2014. Kem Desa ini pada mulanya merupakan tempat pemindahan mangsa banjir kerana tempatnya yang strategik dan juga berada di kedudukan yang tinggi. Mangsa yang terlibar dengan banjir ditempatkan di Kem tersebut untuk sementara waktu. Selepas berakhirnya banjir Kem Desa BBNGO mula menjadi tempat rekreasi kepada penduduk sekitar kerana terdapat beberapa rumah yang diperbuat daripada buluh yang didirikan di kawasan tersebut. Selain Rumah Buluh terdapat juga rumah yang didirikan diatas pokok yang juga menjadi daya penarik kepada pengunjung yang ingin mengambil foto.Tambahan juga, di Kem ini juga menyediakan gelanggang futsal yang membolehkan golongan belia dan dewasa untuk beriadah dan juga mengadakan perlawanan futsal.
Khamis, 26 Oktober 2017
KUBU TENTERA
Selain daripada Jambatan Clementi, Kg. Bertam Baru juga mempunyai sebuah kubu yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Bertam. Kubu ini di percayai telah di bina oleh pihak tentera pada zaman dahulu untuk memantau pergerakan komunis. Kubu yang masih kukuh ini telah menjadi tarikan pelancong dan media untuk memperkenalkan lagi Kg. Bertam Baru ke mata dunia dengan adanya sejarah-sejarah permulaan penempatan penduduk di kampung ini.
JAMBATAN CLEMENTI
Di Kg. Bertam Baru terdapat sebuah jambatan keretapi yang di bina untuk menghubungkan Kg. Bertam Baru dengan Kg. Bertam Lama merentasi Sungai Nenggiri. Jambatan ini menjadi penghubung antara kampung-kampung yang terletak di seberang seperti Kg. Bertam Lama, Kg. Jerek, Kg. Pasir Tumboh dan banyak lagi. Pada asalnya, jambatan ini di bina tanpa laluan motor dan jalan kaki dan ini membuatkan semua urusan yang berlaku untuk ke kampung sebelah perlu menggunakan laluan keretapi termasuklah untuk mengebumikan jenazah kerana tanah perkuburan islam terletak di Kg. Bertam Lama. Keadaan ini amat berisiko kepada penduduk di Kg. Bertam Baru kerana terpaksa melalui jambatan tersebut dengan melihat dan mengetahui masa perjalanan keretapi agar mereka selamat untuk melintasi jambatan tersebut. Namun, dengan adanya lalun motor, para penduduk lebih selamat untuk melintasi jambatan tersebut termasuklah pelajar sekolah menengah yang ulang-alik setiap hari untuk ke sekolah. Jambatan ini menjadi tarikan pelancong kerana jambatan ini telah di bina pada zaman penjajahan serta struktur yang di bina adalah agak kuat dan unik dan tidak musnah walaupun pernah di bom oleh Komunis pada zaman dahulu.
SEJARAH KAMPUNG
Asal Usul Kewujudan Kampung Bertam
Kampung Bertam Baru
dipercayai telah wujud sebelum penjajah inggeris menjajah di Negeri
Kelantan. Pada masa itu, pentadbiran Bertam Baru terletak di bawah jajahan
Kuala Krai. Setelah jajahan kecil Ulu Kelantan ditubuhkan pada 1 Julai 1976 dan
menjadi jajahan penuh pada 1 September 1977 yang berpusat di Gua Musang.
Kampung Bertam baru diletakkan di dalam jajahan Gua Musang. Pada masa dahulu,
penempatan wujud di pinggir-pinggir sungai kerana pengangkutan utama masa
itu ialah melalui jalan sungai. Terdapat sebatang sungai besar yang merentangi
kampung ini iaitu Sungai Nenggiri yang merupakan hulu sungai Kelantan.
Kampung Bertam baru merupakan kawasan paling kritikal dengan ancaman komunis. Menurut sejarah dan juga cerita dari orang-orang tua, pada tahun 1952, kerajaan telah mengumpul semua penduduk dari kampung-kampung atau penempatan terpencil seperti Kampung Kuala Sungai, Limau Kasturi dan Kampung Pasir Tumboh untuk membuat penempatan bagi mengelak dari ancaman komunis. Penempatan ini terletak di dalam Kmpung Kerawat (Dawai) kini di kenali sebagai Kampung Bertam Baru. Nama Bertam Baru di ambil sempena nama sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di kampung ini. Pokok bertam ini mempunyai khasiat dan kelebihan tertentu yang membuatkan pokok ini di takuti oleh binatang buas dan berbisa.
Jarak Kampung Bertam Baru dengan Bandar Gua Musang adalah lebih kurang 50 kilometer. Sangat terkenal dengan Jambatan Kereta api tergantung di atas Sungai Nenggiri di mana ia merupakan jambatan tertinggi di Malaysia. Uniknya penduduk kampung ini, masih lagi menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke bandar dan juga pekan. Tiada pengangkutan awam seperti bas disediakan kerana Kampung ini jauh di Kawasan pedalaman. Keadaan muka bumi kampung ini sebahagian besarnya berbukit bukau dan sebahagian kecil sahaja bertanah rata.
Kampung Bertam baru merupakan kawasan paling kritikal dengan ancaman komunis. Menurut sejarah dan juga cerita dari orang-orang tua, pada tahun 1952, kerajaan telah mengumpul semua penduduk dari kampung-kampung atau penempatan terpencil seperti Kampung Kuala Sungai, Limau Kasturi dan Kampung Pasir Tumboh untuk membuat penempatan bagi mengelak dari ancaman komunis. Penempatan ini terletak di dalam Kmpung Kerawat (Dawai) kini di kenali sebagai Kampung Bertam Baru. Nama Bertam Baru di ambil sempena nama sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di kampung ini. Pokok bertam ini mempunyai khasiat dan kelebihan tertentu yang membuatkan pokok ini di takuti oleh binatang buas dan berbisa.
Jarak Kampung Bertam Baru dengan Bandar Gua Musang adalah lebih kurang 50 kilometer. Sangat terkenal dengan Jambatan Kereta api tergantung di atas Sungai Nenggiri di mana ia merupakan jambatan tertinggi di Malaysia. Uniknya penduduk kampung ini, masih lagi menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke bandar dan juga pekan. Tiada pengangkutan awam seperti bas disediakan kerana Kampung ini jauh di Kawasan pedalaman. Keadaan muka bumi kampung ini sebahagian besarnya berbukit bukau dan sebahagian kecil sahaja bertanah rata.
Penduduk di Kampung ini kebanyakkannya menoreh getah, bertani, menternak, berniaga, kakitangan kerajaan atau swasta dan ada juga yang bekerja sendiri. Kebanyakkan penduduk kampung ini mengusahakan tanaman getah di atas tanah sendiri. Selain daripada itu mereka juga memiliki dusun buah-buahan sendiri. ia adalah sebahagian aktiviti sampingan untuk menyara kehidupan dan hasil dari tanaman ini akan dijual kepada penduduk kampung, kampung-kampung sekitarnya dan di bandar Gua Musang. Selain itu penduduk kampung ini juga menjalankan aktiviti perniagaan membuka kedai runcit, kedai makan, bengkel menjahit dan sebagainya di sekitar/hadapan rumah kerana di kampung ini tidak disediakan bangunan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
Langgan:
Catatan (Atom)
WARUNG POK MUDA
Pn. Rohana mula memasuki dunia perniagaan dengan menjadi tukang masak untuk majlis-majlis. Setelah mendapat sambutan, beliau memb...

-
Di Kg. Bertam Baru terdapat sebuah jambatan keretapi yang di bina untuk menghubungkan Kg. Bertam Baru dengan Kg. Bertam Lama merenta...
-
Asal Usul Kewujudan Kampung Bertam Kampung Bertam Baru dipercayai telah wujud sebelum penjajah inggeris menjaj...
-
Selain daripada Jambatan Clementi, Kg. Bertam Baru juga mempunyai sebuah kubu yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Bertam...