Sabtu, 28 Oktober 2017

WARUNG POK MUDA




Pn. Rohana mula memasuki dunia perniagaan dengan menjadi tukang masak untuk majlis-majlis. Setelah mendapat sambutan, beliau membuat perniagaan Katering. Beliau juga mendapat tempahan dari kampung-kampung yang berdekatan ututk pelbagai majlis dan keraian. Selepas itu, beliau telah memilih untuk membuat perniagaan menjual nasi kerabu & nasi lemak bungkus “drive thru” yang hanya berharga RM2.00 untuk setiap bungkus pada waktu pagi dan membuat produk sejuk beku iaitu Karipap Putar Frozen. Ia di gelar “drive thru” kerana nasi bungkus yang di jual di gerai di hadapan rumahnya yang sudah siap di bungkus dan pelanggan tidak perlu untuk menunggu seperti yang di jual di gerai-gerai yang lain di kampung ini. Perniagaan nasi bungkus ini bermula seawal 6.45 pagi setiap Ahad hingga Jumaat. Sekarang, Puan Rohana telah membuka kedai makan di hadapan rumahnya untuk menjual makanan seperti mee celup, nasi ayam  dan masakan lauk pauk yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WARUNG POK MUDA

Pn. Rohana mula memasuki dunia perniagaan dengan menjadi tukang masak untuk majlis-majlis. Setelah mendapat sambutan, beliau memb...